KERJA
satu perkataan yang mudah digambarkan
tetapi
ianya sukar dilakukan
dalam kehidupan aku
kalau tak kerja
maknanya tak dapat duit
(kalau anak orang kaya tak kerjapun leh dapat duit)
jadi kenalah bekerja untuk dapatkan duit
dari satu kerja aku betukar kepada kerja lain
mencari kerja yang sesuai untuk diri ni tapi bukan memilih kerja okey!!
aku mula bekerja part time selepas tamat tingkatan 5
kerja biasa je
kat pasaraya aneka bestari sdn. bhd.
best ooo first time dapat gaji
walaupun sikit tapi cukuplah untuk kegunaan aku
mana taknya
makan and tidur kat umah mak bapak sendiri
jadi tak lah fikir nak kena bayar bil utiliti and makan
walaupun aku sambung belajar form 6
tapi aku still kerja part time cuti sekolah
hidup pernah dapat gaji beb
jadi susahlah sikit kalau tak dak gaji dalam tangan
tempat kerja sama je
sebab itu jer pasaraya yang dekat dengan umah family aku
cam tu la jugak lepas abez form 6
sementara tunggu result masuk U
kerja kat situlah aku
tapi dengan gaji tersebut dapat jugak aku ambil lesen kereta and beli fon baru
inilah namanya berdikari
time aku study kat UM
aku tak kerja bawah orang sebab nak fokus kat studylah katakan
tapi aku wat perniagaan online
walaupun kurang memuaskan peniagaan ni
tapi masyuk jugaklah
and then lepas habis study
apa lagi cari pekerjaan lah aku
time nilah kerjayaku bertukar-tukar
mula-mula aku kerja sebagai pembuat kuih raya
almaklumlah dekat ngan raya
aku bekerja wat kuih raya ni bawah syarikat abang ngah aku
ALHAMDULILLAH
dengan gaji ni
dapat jugaklah bagi duit raya kat mak and abah
walaupun sikit tapi okeylah
lepas raya aku kerja di bahagian akaun kat hotel
tapi sehari jer
diorang tak leh terima aku sebabnya adik aku da kerja kat situ
alasan jer lebih....
aku tak berputus asa
aku g interview sebagai telemarketing executive kat KL ngan yana and dayah
ALHAMDULILLAH
kami dapat kerja tu
tapi aku cuma bertahan selama sebulan
tension siot tuk dapatkan pembeli melalui fon
bukannya senang
setiap hari kena phus ngan team leader
tu yang lagi bertambah tension
aku rest jap lepas berhenti kerja tu
sebabnya hari konvo aku dah dekat
and then aku kerja kat 7E
nipun sehari je
sebabnya aku gi interview sebagai pembantu tadbir n17 kat KPT (BDA)
lama jugak aku kerja kat KPT ni
dekat-dekat 4 bulan jugak la
gaji yang aku terima kat KPT ni
leh jugak keluarkan kereta untuk kegunaan sendiri
ALHAMDULILLAH
tapi aku berhenti kerja jugak kat KPT
sebabnya gaji kat situ hanya cukup-cukup untuk aku bayar bulanan kereta
minyak, tol, makan lagi
sapa yang nak tanggung
itulah sebabnya aku bertukar kerja ke bahagian peruncitan skunk ni
insyaALLAH
aku akan kekal kat bahagian ni
sebab inilah minat aku
aku ni sebenarnya minat nak berniaga sendiri
tapi
belum cukup modal
itu sebabnya kena kerja bawah orang dulu skunk ni
kalau disimpulkan
aku ni banyak pengalaman kerja
tapi pengalaman paling banyak adalah dalam bahagian peruncitan
apa-apa kerja yang dilakukan pun
mestilah dilakukan dengan ikhlas
barulah ianya mendatangkan kegembiraan
dalam kehidupan
(^_^)