ASSALAMUALAIKUM..HYE..KONACHIWA..






Tuesday, 30 October 2012

(entry 16) K@wIn OhH k4W!n

Kawin hanya dua suku kata 
tetapi membawa maksud yang sangat-sangat besar
 
 ERTI PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Perkahwinan atau nikah menurut syarak ialah Ijab dan Qabul (AQAD)
yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
Perkara ini dapat menghindarkan dari berlakunya zina

 JENIS-JENIS PERKAHWINAN
(a) Poligami 
Perkahwinan antara lelaki dengan ramai wanita
 Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini
Menurut agama lain
mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas
Namun menurut Islam
poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu

(b) Poliandri 
Perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki 
dalam satu jangka masa
Perkahwinan ini sangat jarang berlaku 
Perkahwinan jenis ini dilarang di dalam Islam
Tetapi seseorang perempuan boleh berkahwin lebih daripada sekali

(c)Monogami
Perkahwinan tunggal 
Perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja

HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
(a) Wajib 
Seseorang yang mempunyai nafsu yang kuat 
sehingga boleh menjatuhkannya ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) 
sedangkan ia seorang yang mampu (membayar mahar)

(b) Sunat
 Seseorang yang mampu dalam segalanya
tetapi masih dapat mengawal nafsunya

(c) Harus  
Seseorang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin 
Ini merupakan hukum asal perkahwinan

(d) Makruh 
Seseorang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir 

(e) Haram 
Seseorang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir 
Tidak punya keinginan berkahwin 
serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin

PEMILIHAN CALON SUAMI/ISTERI
(a) Ciri-ciri bakal suami
- beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat 
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga 
seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga

(b) Ciri-ciri bakal isteri
- beriman dan solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang
- dapat menyejukkan hati suami 
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- masih dara
- tidak memandang harta semata-mata


sudah cukupkah umurku untuk berfikir mengenai hal tersebut??



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...