ASSALAMUALAIKUM..HYE..KONACHIWA..






Saturday 25 July 2015

(entry 19) ARAH TUJUANKU (^_^)


wahhh...tajuk entry bukan main gempak. ARAH TUJUANKU konon..cam lah aku leh tau apa yang akan berlaku pada masa depan.. tapi kita boleh merancangkan.. itu motif tajuk entryku kali ini.

setiap yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam 
hidup kita adalah pengalaman.
ambil pengalaman yang manis sebagai kenangan.
jangan pula lupa pada pengalaman yang pahit.
jadikan pengalaman yang pahit sebagai pengajaran yang akan mematangkan
 kita dalam menempuhi pengalaman yang akan datang.

dari pengalaman yang lepas akan menunjukkan arah tuju hidup kita.
pilih dan coretkan arah tujuan yang terbaik dalam hidup kita.
kita hanya merancang..
ALLAH yang menentukan segala arah tujuan kita.
namun kita perlu berusaha untuk ke arah kebaikkan dalam kehidupan kita.

SMILE ALWAYS a.k.a SENYUM SOKMO
PENGALAMAN MEMATANGKAN KITA
 



Thursday 6 February 2014

(entry 18) ~~~HA!!!! dAH 25 TAHUN~~~

10 SEPTEMBER 1989
5:45 PETANG
aku dilahirkan...selama 9 bulan 10 hari aku berada dalam kandungan makku. thanks mummy kerana melahirkan aku untuk melihat dunia ini. thanks juga to daddy kerana kalau tak dak abah maka tak dak lah aku. kesimpulannya...tanpa my mummy and my daddy... tiadalah aku kat dunia ini.

banyak kejadian pahit dan manis yang terjadi dalam kehidupanku. orang kata itulah lumrah kehidupan. takkan seseorang itu akan menempuhi hari-harinya dengan kemanisannya sahaja. begitu jugak sebaliknya. kalau perkara seperti itu terjadi maka akan terbaliklah dunia ini.

06 FEBRUARY 2014
4:30 PETANG
arh...boringnya... tu yang entry tah pa2 ni disiarkan. lama gak aku tak menulis kat blog aku ni.huhuhu...sibuklah katakan =)

walaupun harinya belum cukup untuk aku menyatakan umurkan 25 tahun tapi tahunnya sudah cukup. tak ku sangka rupanya aku dah berumur 25 tahun. cam tak percaya jer. mana nak percaya...perangai still macam budak-budak lagi (kalah anak sedara aku)..suka tengok kartun.. makan jajan yang merepek2..suka teddy bear...sampai mak aku kata aku ni belum cukup umur...huahuahua. manalah nak cukup umur klo my family still layan me macam anak-anak kecil (anak perempuan sorang lah katakan).


 



Friday 5 April 2013

(entry 17) K3RJ4 0hH k3rj4




KERJA 

satu perkataan yang mudah digambarkan 
tetapi
 ianya sukar dilakukan

dalam kehidupan aku
kalau tak kerja
maknanya tak dapat duit
(kalau anak orang kaya tak kerjapun leh dapat duit)
jadi kenalah bekerja untuk dapatkan duit

dari satu kerja aku betukar kepada kerja lain
mencari kerja yang sesuai untuk diri ni tapi bukan memilih kerja okey!!
aku mula bekerja part time selepas tamat tingkatan 5
kerja biasa je
kat pasaraya aneka bestari sdn. bhd.
best ooo first time dapat gaji
walaupun sikit tapi cukuplah untuk kegunaan aku
mana taknya
makan and tidur kat umah mak bapak sendiri 
jadi tak lah fikir nak kena bayar bil utiliti and makan

walaupun aku sambung belajar form 6
tapi aku still kerja part time cuti sekolah
hidup pernah dapat gaji beb
jadi susahlah sikit kalau tak dak gaji dalam tangan
tempat kerja sama je 
sebab itu jer pasaraya yang dekat dengan umah family aku
cam tu la jugak lepas abez form 6
sementara tunggu result masuk U
kerja kat situlah aku 
tapi dengan gaji tersebut dapat jugak aku ambil lesen kereta and beli fon baru
inilah namanya berdikari
time aku study kat UM 
aku tak kerja bawah orang sebab nak fokus kat studylah katakan
tapi aku wat perniagaan online
walaupun kurang memuaskan peniagaan ni 
tapi masyuk jugaklah
and then lepas habis study
apa lagi cari pekerjaan lah aku
time nilah kerjayaku bertukar-tukar

mula-mula aku kerja sebagai pembuat kuih raya
almaklumlah dekat ngan raya
aku bekerja wat kuih raya ni bawah syarikat abang ngah aku
ALHAMDULILLAH
dengan gaji ni
dapat jugaklah bagi duit raya kat mak and abah
walaupun sikit tapi okeylah
lepas raya aku kerja di bahagian akaun kat hotel 
tapi sehari jer 
diorang tak leh terima aku sebabnya adik aku da kerja kat situ
alasan jer lebih....
aku tak berputus asa
aku g interview sebagai telemarketing executive kat KL ngan yana and dayah
ALHAMDULILLAH 
kami dapat kerja tu
tapi aku cuma bertahan selama sebulan
tension siot tuk dapatkan pembeli melalui fon
bukannya senang
setiap hari kena phus ngan team leader
tu yang lagi bertambah tension
aku rest jap lepas berhenti kerja tu 
sebabnya hari konvo aku dah dekat
and then aku kerja kat 7E
nipun sehari je 
sebabnya aku gi interview sebagai pembantu tadbir n17 kat KPT (BDA)
lama jugak aku kerja kat KPT ni
dekat-dekat 4 bulan jugak la
gaji yang aku terima kat KPT ni
leh jugak keluarkan kereta untuk kegunaan sendiri
ALHAMDULILLAH
tapi aku berhenti kerja jugak kat KPT 
sebabnya gaji kat situ hanya cukup-cukup untuk aku bayar bulanan kereta
minyak, tol, makan lagi 
sapa yang nak tanggung
itulah sebabnya aku bertukar kerja ke bahagian peruncitan skunk ni
insyaALLAH
aku akan kekal kat bahagian ni
sebab inilah minat aku
aku ni sebenarnya minat nak berniaga sendiri 
tapi
belum cukup modal
itu sebabnya kena kerja bawah orang dulu skunk ni

kalau disimpulkan
aku ni banyak pengalaman kerja
tapi pengalaman paling banyak adalah dalam bahagian peruncitan

apa-apa kerja yang dilakukan pun
mestilah dilakukan dengan ikhlas
barulah ianya mendatangkan kegembiraan 
dalam kehidupan 

(^_^)



Tuesday 30 October 2012

(entry 16) K@wIn OhH k4W!n

Kawin hanya dua suku kata 
tetapi membawa maksud yang sangat-sangat besar
 
 ERTI PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Perkahwinan atau nikah menurut syarak ialah Ijab dan Qabul (AQAD)
yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
Perkara ini dapat menghindarkan dari berlakunya zina

 JENIS-JENIS PERKAHWINAN
(a) Poligami 
Perkahwinan antara lelaki dengan ramai wanita
 Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini
Menurut agama lain
mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas
Namun menurut Islam
poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu

(b) Poliandri 
Perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki 
dalam satu jangka masa
Perkahwinan ini sangat jarang berlaku 
Perkahwinan jenis ini dilarang di dalam Islam
Tetapi seseorang perempuan boleh berkahwin lebih daripada sekali

(c)Monogami
Perkahwinan tunggal 
Perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja

HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
(a) Wajib 
Seseorang yang mempunyai nafsu yang kuat 
sehingga boleh menjatuhkannya ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) 
sedangkan ia seorang yang mampu (membayar mahar)

(b) Sunat
 Seseorang yang mampu dalam segalanya
tetapi masih dapat mengawal nafsunya

(c) Harus  
Seseorang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin 
Ini merupakan hukum asal perkahwinan

(d) Makruh 
Seseorang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir 

(e) Haram 
Seseorang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir 
Tidak punya keinginan berkahwin 
serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin

PEMILIHAN CALON SUAMI/ISTERI
(a) Ciri-ciri bakal suami
- beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat 
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga 
seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga

(b) Ciri-ciri bakal isteri
- beriman dan solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang
- dapat menyejukkan hati suami 
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- masih dara
- tidak memandang harta semata-mata


sudah cukupkah umurku untuk berfikir mengenai hal tersebut??



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...