ello smua... entry nie sbenarnya khas tuk wanita2 yg nk kuruskan bdan trmasuklah aku =) hope ada yg sudi membacanya n share mklumat ini~~
Setiap hari kita mengambil dan menyimpan kalori. Kemudian kita akan berusaha membakar kalori seberapa banyak yang mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jawapannya adalah TIDAK. Jadi kita perlu tahu maksud sebenar kalori.
Kajian sains membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan. Kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi. Apabila zat makanan bertindak balas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza.
Makanan Yang Boleh Meningkatkan Metabolisma
Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori. makanan ini boleh merangsang tubuh untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
- Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
- Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
- Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
- Makanan yang bersifat ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
makan adalah untuk hidup...bukannya hidup untuk makan =P
No comments:
Post a Comment