Kawin hanya dua suku kata
tetapi membawa maksud yang sangat-sangat besar
ERTI PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Perkahwinan atau nikah menurut syarak ialah Ijab dan Qabul (AQAD)
yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
Perkara ini dapat menghindarkan dari berlakunya zina
JENIS-JENIS PERKAHWINAN
(a) Poligami
Perkahwinan antara lelaki dengan ramai wanita
Ia diamalkan oleh hampir
kesemua bangsa di dunia ini
Menurut agama lain
mereka mengamalkan poligami tanpa had dan
batas
Namun menurut Islam
poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu
(b) Poliandri
Perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan
beberapa orang lelaki
dalam satu jangka masa
Perkahwinan ini
sangat jarang berlaku
Perkahwinan jenis ini dilarang di dalam Islam
Tetapi seseorang perempuan boleh berkahwin lebih daripada sekali
(c)Monogami
Perkahwinan tunggal
Perkahwinan antara seorang
lelaki dengan seorang perempuan sahaja
HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
(a) Wajib
Seseorang yang mempunyai nafsu yang kuat
sehingga
boleh menjatuhkannya ke lembah maksiat (zina dan sebagainya)
sedangkan ia
seorang yang mampu (membayar mahar)
(b) Sunat
Seseorang yang mampu dalam segalanya
tetapi masih dapat mengawal nafsunya
(c) Harus
Seseorang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin
Ini merupakan hukum asal perkahwinan
(d) Makruh
Seseorang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir
(e) Haram
Seseorang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah
batin dan zahir
Tidak punya
keinginan berkahwin
serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin
PEMILIHAN CALON SUAMI/ISTERI
(a) Ciri-ciri bakal suami
- beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t
- bertanggungjawab terhadap semua benda
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
- tidak berpenyakit yang berat
- rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga
seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga
(b) Ciri-ciri bakal isteri
- beriman dan solehah
- rupa paras yang sedap mata memandang
- dapat menyejukkan hati suami
- memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
- menentukan mas kahwin yang rendah
- masih dara
- tidak memandang harta semata-mata
sudah cukupkah umurku untuk berfikir mengenai hal tersebut??